E-Pusara JAWI

E-Pusara adalah merupakan projek rintis oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Projek ini telah dilaksanakan pada tahun 2011.

Projek ini melibatkan 2 tanah perkuburan islam yang di uruskan oleh JAWI, iaitu tanah perkuburan islam Bukit Kiara dan tanah perkuburan islam KL-Karak.

Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail.

Projek ini merangkumi pembangunan 3 aplikasi utama iaitu:

  1. Sistem Pengurusan Tanah Perkuburan – sistem untuk mentadbir lokasi plot-plot kubur di tanah perkuburan dan juga maklumat jenazah.
  2. Sistem Pengurusan Laman Web – sistem untuk mentadbir laman web E-Pusara
  3. Laman Web E-Pusara – laman web memaparkan enjin carian pusara dan juga maklumat-maklumat berkaitan pusara, khususnya di kawasan Kuala Lumpur dan selian JAWI.

Selain itu, projek ini juga melibatkan pengumpulan data jenazah. Ini termasuklah data-data yang telah direkodkan dan juga data-data baru yang di ambil daripada tanah perkuburan islam yang terbabit.

contoh carian pusara di laman web e-pusara, JAWI

Selain daripada maklumat jenazah seperti nama, nombor lot dan juga tarikh mati, kami juga telah mengambil 2-3 keping gambar pusara yang terbabit. Ini untuk memudahkan pengguna laman web e-pusara untuk mengenal pasti plot kubur di tanah perkuburan.

paparan gambar plot kubur dan lokasi plot di tanah perkuburan islam